Thursday 29 July 2021

Anyeong Haseyo! Welcome to the COVID-Year

Wow last post masa 2018 wkwkwkwk busy sangat la tu kita ni XD

Idokler saya maleh je macam biasa. Kehidupan saya baik-baik saja alhamdulillah.

Saya terjumpa post ni dekat draft sebenarnya, sepatutnya nak post masa 2020 tapi tak jumpa font favourite kat mana >,< 

Apa khabar tu semua orang? Semoga baik-baik  sahaja ya! Semalam (28 Julai 2021) result final semester saya dah keluar. Memandangkan final sem saya amik course Industrial Training je, jadi agak mudah (sebenarnya lecturer la banyak tolong) untuk dapat empat rata. Alhamdulillah. Hence I'm officially graduated from Bachelor of Mathematical Sciences (Honours) with First Class Honours wohooo! 

Terima kasih untuk semua yang mendoakan saya, walaupun saya tahu mungkin 0.00000001% je yang baca tulisan saya di sini, tapi ketahuilah, saya sangat bersyukur dengan kehadiran kalian dalam hidup saya.


Wednesday 20 June 2018

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum :')

Lama rasanya tak jenguk sini C: 

So.. Hai ?

Harini dah masuk hari keenam Syawal, jadi tak terlambat lagi nak ucap Selamat Hari Raya hehehe. Kalini raya boleh nak sakan sakan sikit, sebab cuti kalini sambung terus dengan cuti sem tiga bulan :3

Esok nak pergi beraya rumah cikgu-cikgu haaa lima buah kereta konvoi >,< Dan kalini macam terlebih meriah pulak semua macam nak join (harapnya takde la yang akan cancel last minit nanti). Semoga cikgu tabah layan kitorang esok. Daripada sesenyap-senyap Fatin Qyra sampaila seriuh-riuh Sabrina  yang adaaaa :DDD

Esok saya update lagi ok. InsyaAllah le kalau tak collapse dulu. Gambar raya semua tak transfer lagi so takboleh nak upload. 


Ok jumpa esok! 


*****************************************************************************

Helloo peeps!

Ok sekarang aku nak cerita pasal rayaa dengan sedara-mara+kekawan+cecikgu hehe :3

1 Syawal

Raya pertama aku macam biasalah, kat Kemaman sebab belah abah yang dekat Dungun dedua dah takde.. belah umi tinggal tokwan sorang. Kalau arwah tokki dengan nenek ada lagi, tiap-tiap tahun memang akan bergilir lah, tahun ni raya pertama kat Dungun, tahun depan Kemaman pulak. Anyhow, dedua masih kat dalam Ganu hahaha so jammed ke apa memang takpernah rasa la bila nak balik kampung. And duration pun satu jam je :')


Tokwan mengadap ape tah tu :') 

Lepas dah beraya dekat umah tokwan, pergi beraya ke rumah sedara-mara pulek. Kakak tokwan (tokteh), sepupu-sepapat ummi, dan sape tah lagi yang aku tak tahu hubungan dorang dengan aku (dah tanya ummi tapi dah lupa balik). Takpe nanti raya tahun depan aku tanya lagi ok. Lelama ingat la tu heheh. Ok kita move on ke hari kedua.

2 Syawal

Hari kedua masih di Kemaman. Sedagha-magha ghamai kat sini hewhew :p

3 & 4 Syawal

Haaa hari ketiga dan keempat turn belah abah pulak. Abah punya mak-pak sedara semua kat Kuala Terengganu. Eh tak jugak, kat Marang ada, Bukit Gasing.. hm aku taktahu la kat mana sebenarnya secara tepat. Tapi abah memang bawak pergi jumpa (kalau boleh, semua) makcik pakcik abah yang masih ada. Yang paling rare, adik kepada mak kepada arwah tokki pun ada lagiiii (adik kepada moyang kita panggil apa? aku taktahu). Oh sabajap.. kalau adik kepada mak kita panggil mak sedara, adik kepada moyang kita panggil moyang sedara la kann. Moyang sedara ni aku first time jumpa masa aku besar. (definition besar: dah sedar yang raya ni untuk kenal sedara-mara, erat hubungan etc etc. Bukannya duit raya!) Masa kecik dulu, lagi baaaanyak rumah abah pergi, lagila aku suka, sebab lagi banyak duit dapat lol. Sepupu ke tak ke mana la aku nak kesah sangat, yang penting makan dan duit. :') (Jangan risau gais, Afifah dah insof). 

Raya dekat rumah kawan abah, Dungun (Ni kawan sekolah rendah ok jangan main-2)
Gambar-2 lain takboleh nak upload pulek hahaha. 

Aku paling terkesan bila raya dekat rumah Toksu (moyang sedara tadi), sebab Toksu cakap, 
"Tok takdok duit raye nok buwi, tapi tok ade nasihat siket ni."

1. Berpeganglah pada jalan yang lurus, jalan nabi-2, pegang betul-2
2. Ngaji sokmo, quran jangan tinggal

3. Jaga hubungan. Adik-beradik jangan duk cerai-berai

Aku sendu sikit bila dengar pesan Toksu ni :'( Lepas Toksu pesan tu, tetiba Toksu bagi kitorang berenam duit raya :') Lagi senduuuuuuuuuuuu T_T

Terima kasihh Toksu :'D Saya ingat pesan Toksu sampai bebila..

5 Syawal aku tak pergi memana, rehat la sehari kat rumah sebab esok nak kena layan tetamu :3

6 Syawal

Hari raya keenam ummi suh jemput semua kawan-2 datang raya kat rumah, sebab ummi dah tempah nasi minyak. Kawan abah, ummi, along, aku, ateh, abang cik, Amirul, dan Imran semua. Tapi kawan abang cik ngan Amirul tak datang sebab dorang tak ajak :') Kawan Imran pun datang sebab Imran suruh ummi telefon mak kawan dia (mak kawan dia tu pun kawan ummi) suruh datang rumahh 😆😆. And kawan dia tuu datangggg hahaha. Aku pun takdela beriya sangat ajak kekawan aku sebab ramai duk jauh nun dekat Dungun ha. Tapi ada jugak yang datang.. dari Dungun (saya terharu C:).


Ni ha dorang berempat. Dari Dungun, Paka, Kerteh dan Kijal. 

Terima kasih yang sudi datang, saya hargai pengorbanan anda. Yang jauh takpe, anda semua dekat di hati saya cieciecie :3

7 Syawal

Keluar rumah pukul 7.15 pagi. Sampai rumah dalam pukul 10 malam :') Sakan berayaaa. 9 buah rumah ft 6 buah kereta konvoi :D 
Aku rasa raya kalini yang paling havoc, sebab hampir separuh batch Expect The Unexpected (ETU 1014) beraya sama-2. 

Tapi, aku tak seronok sangat pun sebab perut aku tak bagi kerjasama dengan baik :')
Sakitttttt perut ayoo aku rasa punca dia nasi minyak semalam tu hahaha. Sebab dari pagi sampai malam aku mencekik nasi minyak tu. Cikgu-2 semua sediakan makanan berat dan sedap tapiii aku takboleh nak telan :'( Nanti perut memulas-mulas lagi. Dahla bawak kereta dan orang lain yang naik dengan aku semua takde lesen sobs tak boleh nak bergilir-gilir.

Sampai Dungun dalam pukul 9.15 pagi macam tu, dan rumah pertama kitorang pergi ialah rumah Cikgu Rohani. Bila sampai tu, aku jumpaaaa ramai kawan-2 sekolah dulu yang memang dah lama tak jumpa. Ya Allah perasaan diaaa :')))))))) 

Cikgu Rohani Muda

Cikgu Rohani pesan, nanti kalau nak bina masjid.. jemputla cikgu :') Cikgu bukannya nak sangat makan tapi cikgu nak tengok anak murid beliau di hari-2 bahagia Allahu :'') Nanti saya sampaikan kat kekawan yang lain. C:

Lepas rumah Cikgu Rohani, kitorang konvoi ke rumah Cikgu Zainab. Ha masa ni lah perut aku perlukan rawatan segera. Aku ke tandas kali pertama :3 Makanan sikit pun aku tak makan, minum air je tu pun seteguk dua.


Cikgu Zainab Ngah


Okay rumah ketiga pulak kitorang ke rumah Cikgu Rokiah. Masa program mentor-mentee tingkatan tiga, Cikgu Rokiah ni la ibu angkat aku. Ada lagi empat orang: Amira, Syahirah, Masyitah dan Farah. Cikgu selalu jugak le belanja makan hehehe. Cikgu Rokiah ajar aku Bahasa Melayu, sampai sekarang aku ingat apa yang cikgu ajar hahahahacah je.


Cikgu Rokiah Daud
Destinasi seterusnya, rumah Teacher Noorhayati :') Rumah teacher ni antara rumah yang wajib pergi kalau beraya ke Dungun, sebab teacher single lagi haha ok takde kaitan. Aku ingat lagi masa form 5, teacher marah aku sebab buat essay english yang jalan cerita agak cliche. Marah betul teacher masa tu hahaha takpe teacher saya faham :')) Dan masa ni jugak, perut buat hal kali keduaaa. Rumah teacher dekat dengan surau, aku apa lagi.. terus ajak kawan pegi situ untuk melabur (tandas rumah teacher ramai sangat yang tengah queue, taklehhh tahaaaaan nanti buasirrrrr). Hehehe

Teacher Noorhayati Razak
Lepas rumah teacher Yati, break sekejap. Solat zohor apa semua dekat masjid then sambung beraya ke rumah Ustaz Firdaus. Ustaz Firdaus dah pindah ke SMASID, berapa tahun tah. Tapi masa aku form 5 ustaz la ajar aku bahasa Arab...... eh tak tak. Ustaz ajar masa form 3 je huhu. Aku rapat dengan ustaz sebab masuk kuiz bahasa arab (ustaz in charge), banyak kali la jugek ponteng kelas sebab nak fokus pertandingan tu hahahaha alhamdulillah boleh pergi ke peringkat kebangsaan. Free free dapat masuk i-city yang dekat salji tu :') Tapi tu lah first round dah kalah hehe. (Rumah ustaz pun tumpang toilet)
Ustaz Firdaus Salim@Ngah

Ok next, rumah Ustazah Hidayati, Teacher Rose dan laaaaaast Cikgu Fatimah. 

Ustazah Hidayati


Teacher Rose

Cikgu Fatimah Embong
Tbh, I'm not even cared that my weight went up drastically during this raya month :') Too many delicious food from my favorite people!

I'm done! Selamat Hari Raya! 

p/s: And kepada awak jugak, Selamat Hari Raya :') alang-alang dah berkunjung kat blog ni, datangla berkunjung ke rumah pulek :3 #pickuplinechallenge

Hehe daaa~

Tuesday 6 February 2018

Kawan kita kawenn !

Amanina Izzati.
Beliau saaaangat pendiam. Aku tak sekelas dengan dia tapi selalu jumpa kalau solat kat surau sekolah. Dan aku pun selalu la jugak tegur dia, sakat (kekadang je la) dan borak sesikit. Izzati ni, kalau ada orang buat lawak, kita yang gelak kuat-2 ni dia sengih je. Kalau lawak tu memang lawak gilaaa, dia akan senyum nampak gigi. Takdela dengar dia gelak cam kita yang tah pape tak ingat dunia ni hm.

Sekelas pun tak. Dia kelas sebelah. Masuk masa tingkatan empat, dari sekolah mana Allahuuu aku lupa nak ta'aruf bhahahahaha :p So aku nak cakap yang aku tak rapat sangat dengan dia. Tapi bila dia jemput datang dia punya majlis kawen, aku rasa macam nak pergi. Kemaman-Setiu bukan dekat ok. Jarak dia dua jam ++ perjalanan pergi sahaja. Mula-2 ingatkan nak naik dengan kawan je, tapi last-2 aku yang kena drive. Nasib baik abah lepas, makan masa berhari-hari gak la abah nak lepas aku drive ke sana. XD Along pun lagi satu masalah. Dia selalu pshyco aku cakap tak selamat la aku bawak, ini tak kena, itu tak kena. Dia pun selalu keluarkan ayat ni depan abah "Sampai ke dok tauu dia bawok tuu" and abah reply, "Selamatt sampai insyaAllah" .HAHAHAHA I win ok. Padan muka along welk !

And the day, 3rd February (also Imran's birthday) cameeeeeeeeee. Ohmyyyyyyyyyyyy aku eksaitedddddddddd lebih dari Izzati kut hahaha. Mandi kemain awal, pukul 6++ dah nak sesiap huhu :') Sebiji Afifah yang liat nak mandi dah berubah gais :3

 Aku drive straight masa pergi sana. Bila dah eksaited ni penat semua tak rasa dahh so aku bawak je. Kereta semua habis aku potong *tapi abah dah tetapkan halaju, boleh bawak sampai 120km/j je.Tapi aku dah terlebih bawak sikit, dalam 140++km/j (jangan bagitau abah ok) eheee.

Sampai-2 je dekat rumah pengantin, aku ternampak Izzatiiiiiii cantikkkkk sangattt pakaii bajuuuuuu pengantinnnnnnn T_T aku terharuuuuuuuu. Aku bukak tingkap lepastu kitorang dalam kereta jerit "Izzatiiiiiiiiiii haiiiiii" hahaha tah pape. And cam biasala reaksi Izzati, senyum je sambil lambai kitorang. Aku rasa kitorang dah jadi macam makcik bawang haritu. Kepoh gilaaaa :'D

Tapi tu lah. Kenangan :')

Aku tengah tahan gelak ni ha sebaik tak menyembur
Photographer suruh ok haihh
Inilah makcik bawang tu :"DDD

Ini pun photographer suruh candid. Sorang kena buat lawak pastu
semua gelaklah. Tapi ni dah terlebih lawak :')

 
Candid legend
Aku rasa sampai sini je kut. Taktahu nak karang ape dah. And aku tak rasa ralat pun pergi majlis Izzati walaupun jauh. Kalau kitorang tak pegi, alamatnya takde wakillah daripada sekolah KAKA huhu. 

Apa-2 pun, tahniah Puan Izzati ^^ Selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar, isteri, anak dan bakal ibu hewhew. Kitorang dah pesan sesiap kat Zati, nanti dah ngandung kena rogerr kitorang nak lawat anak pulek hahaha (Ni memang betul-2 makcik bawangg lol).

Semoga masjid yang dibina kekal sampai syurga yawww baii saya gerak dulu ok pape rogerr !

Monday 29 January 2018

Hai !

Assalamualaikummmmm ehehe apa kabauu :')

Uhuhu haii sebenarnya post yang tentang Road to Exam tu masih ada sambungan tapi buku yang ada input masa aku pergi talk tu tertinggal dekat UIA :3 Sooo halal-lah eh lambat sikit lewls. Ini sebab along datang awal sangat. Tak sempat nak sapu bilik punn lagi ehh dah sampai dah depan pintu. Sempat kemas kemas barang yang wajib bawak balik je (ofkos lah baju kotor) hehe. Gam keras yang baru beli dekat SMO pun tertinggal sobs. Its ok. I am fine :))) and pretty and beautiful and fun and diva hm 😒

Oh masa exam harituu aku suka bukak lagu Try Everything-Shakira.Wifi boleh connect apee lagi kann. Lirik diaa sooo nicee *thumbs up!. Ni sebelum exam Computer in Science (CiS) lah. Yang tak pakai laptop sangat (tapi guna jugak untuk bukak soft copy notes). Dan dan dannnnn Atok (nama laptop ni sebab ni abah punya dulu) ni buat hal pulek masa nak study CiS (time ni la boleh cakap compulsory nak guna zzzzzzz) buttt buttttttt isokay *once again* cause I'm a queenn 😂😂😂😂😂 lollz

Sorry, dah la lama tak post, bila dah post merapu pulak tu. Terima kasihla datang sini. Kalau tak dapat apa-apa yang beneficial boleh la selo selo slow-slow tekan ctrl-w. :D I'm ok dunwori don't worry.

Haa nak cerita somethinggg ni pleaseeee jangan pergi lagiiiiiiiiii.

K.

SUKRAC. Shortform untuk Sukan IQRaC (Intellectual Quranic Generation Club). Selalunya akan ada masa kitorang sem 1 sekali, sem 3 sekali. Dua kali la ehe. Gambar kat bawah ni masa sem 1, sebab ada seniorss. Plannya taknak masuk apa-apa game pun tapi sebab ahli pun sikit dan game yang dorang sediakan banyakk haih terpaksalah masuk. In fact memang kena masuk pun sebab PM SUKRAC dah wajibkan sorang at least satu game dan maximum 4@5 game centulahh. Aku pun isila nama hihihi dekat game batu seremban. 😛 Ada lagii k. Sukaneka kut banyak yang masuk, baling selipar, bola beracun dan lari dalam kain.Tarik tali pun masuk jugak tapi ofkos lah kitorang kalah tengokla badan sensorang kecik comel cenonet halus ( masing-2 melayang masa lawan dengan kumpulan Erudite sebab dorang semua sado).Ha tu je kutt. Ohhhh lagi satu bola tampar. Olahragawati bebb banyak gila masuk 😂 *Ok saya gurau sajaa. Banyak masuk banyak kalah buat mendee*



Kitorang group Candor :') Colour purple <3
Apa yang aku suka SUKRAC ni, kitorang main untuk eratkan hubungan. Takesah menang ke kalah. Kalau menang rezeki kalau kalah takpe kapten tak marah bhahaha. Semuaa supportive I loikee like ! Dan yang aku rasa rare, untuk undi dapat court ke dapat bola, bukan baling syiling nombor atau ekor, tapi kena tebuk surah yang ref tu nak tebuk. Ref tu baca ayat, mana leader group yang dapat sambung dulu, dia bolehla pilih nak bola ke sebaliknya :') Aku terkejut la jugek kena tebuk tu tapi sebaik aku bukan leader hahaha.

Kalau nampak kitorang semua pakai seluar kat atas ni hehehehehehehehehe senanye dari asrama nak ke padang ni, kitorang diwajibkan pakai jubah. Bi'ah dekat DQ, banat (sisters) pakai seluar is raree.Pergi mana mana wajib jubah. Plain, takboleh corak corak yang melebih lebih ( first week ada senior datang bilik spotcheck jubah k). Baju kurung pun takleh. Masuk dewan dulu salin pakaian then baru boleh main. Kekadang aku terfikir jugak kenapa kena susahkan diri sampai macam tu sekali. The struggle is real guys :"D Tapi ye lah sebab nak jaga bi'ah solehah kat sana kut ( i guess). Mungkin sebab ni kut aku rasa janggal pakai seluar masa asasi sebab dah terbiasa pakai kain.

Tapi satu yang aku pasti, aku rindu bi'ah itu :'(

Olahragawati* beraksi lel



Bai nak tidur.





Tuesday 2 January 2018

Assalamualaikum 2018 !

Alhamdulillah harini masih bernafas. 

Bismillah.

Okay tahun ni dah masuk tahun keempat aku tinggalkan bumi KAKA, bumi yang mana banyak ajar aku apa itu kehidupan :')
Dan umur pun dah lanjut. Nanti masuk bulan lapan dah boleh daftar jadi pengundi hm tuanyaa Allahuu ><

Selepas SPM, aku masuk Darul Quran, semestinya target aku nak hafal 30 juzuk kalamullah. Dan alhamdulillah selepas setahun setengah kat sana, menangis, ketawa, jatuh, bangun dengan sahabat-2 al-quran aku berjaya habiskan dan konvo dengan orang lain. Alhamdulillah.

Aku sedar perjalanan hidup aku dengan al-quran bukan takat itu je, perjalanan aku masih panjang. Sampai mati. Ustazah aku pun ada pesan, nanti jadilah hafizah yang betul-2 hafizah, bukannya habisah (yang takat habis, habis kat situ je). Dan lagi satu, ustazah Fairuz ada cakap sebelum kitorang berpisah (ustazah kena ikut suami beliau ke Kedah), kita ni, once kita dah bergelumang dengan al-quran, kita selamanya kena dekat dengan al-quran. Jangan tinggal. Kalau rasa dah tak ingat, muraja'ah balik mana yang patut. Dan yang 'seronok', bila kita tinggalkan quran, kita akan rasa jauhhh, dan perasaan 'jauhhh' ni lah yang akan dekatkan balik diri kita dengan al-quran. "Macam mana awak rasa susahh nak hafaz quran, awak jagalahh quran tu betul-betul bila dah dapat".

Aku ingat lagi mula-2 aku nak hafal ayat-2 Allah. Susahh sangat. Kalau dalam akademik kita boleh senang-2 perform, dengan quran tak sama. Masa tu lah aku rasaaa dosa aku banyakk sangat sampaikan nak hafal satu ayat pun susah. Aku down sebab aku perhatikan halaqah-mate aku semuanya dah lajuu. Ada yang dah sampai lima page tasmik dekat ustazah sedangkan aku? Terkial-kial nak hafal ayat yang satu tu.

Kekadang bila aku rasa 'down' sangat, aku terfikir nak berhenti je DQ tu. Nak keluar. Tapi aku fikirkan ummi dengan abah kat rumah, yang sanggup hantar aku jauh-2 dari Terengganu ke Kuala Kubu Bharu, Selangor. Tambah-2 masa tu baru je banjir surut. Aku daftar lewat daripada orang lain, 5 Januari 2015 (sepatutnya daftar 29 Disember 2014) sebab rumah aku dikelilingi air dan jadi pulau :') .

Ok habis DQ, aku sambung belajar di UIA. Asasi UIA di Petaling Jaya, jadual kami agak 'packed' sebab asasi setahun je. Satu sem dalam enam subjek kena hadap. Dah la ada subjek yang lima jam kredit adudu XD. Ha masa ni walaupun busy, tapi kitorang (DQ-ians yang belajar dekat situ) still tasmik dengan ustaz Nadzri (ustaz ni duk dekat STAD sebelah poslaju) setiap selasa malam. Tasmik suka hati nak berapa mukasurat, tapi kena consider ustaz dan orang lain jugek, kalau nak tasmik bebanyak abesla kesian orang lain tak tertasmik dan ustaz balik lewat. Oh masa tasmik dengan ustaz Nadzri, mata aku selalunya liar dan aku tertengok satu gambar dalam frame. Gambar isteri agong. Tapi kann dekat muka isteri agong tu ustaz letak gambar isteri beliau atotototo XD Aku tengok gambar tu sambil tasmik lepastu mula lahh tersekat hahaha tak fokus padan muka :p

Dan habis asasi di PJ, sambung degree di UIA Kuantan. Kat sini lah aku melagho :'( Bahagia sangat dengan jadual yang sangat 'free'. Mungkin. 

Allah hadirkan seseorang untuk sedarkan aku :'( Terima kasih Allah T_T
Aku kena kurangkan makan, cakap dan tidur. Aku kena kurangkan buat benda tak patut. Dah masuk tahun baru, aku nak mulakan semua dari awal. Doakan aku. Doakan aku istiqamah. Doakannnnn T_____T

Kepada anda yang baca ini, moga Allah rahmati anda :')) dan moga dipayungi redha Allah senantiasa <3

Ok saya nak study management pulek. Doakan. Carrymark rendah huhuhu 


Monday 18 December 2017

Road to exam 2.0

Hello saya kembali :3
Kita sambung je terus k.

Soalan: Apa yang kita boleh buat masa tengah down? 

Mula-2, kita listkan dulu antara punca kita down.

- Wifi slow, susah nak buat esaimen assignment!
- Makanan kafe tak sedap
- Ada free rider dalam group assignment. Dia tak buat part dia, end up kita yang kena buat. Stres!
.
.
.
dan banyak lagilah puncanya. Nak list semua nanti tak tidur la gamaknyee :')

Tapi, untuk semua benda ni, solusi dia satu je. Boleh apply untuk semua, tapi ikut kesesuaian lah.
Formula dia senang sajaa. >>D.U.I.T>> [ Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal ]

Kita bagi satu contoh la ye. Ok contohnya, kes wifi slow tu. Apa yang kita boleh buat? Jangan la doaa ajee tapi takde tindakan nak ubah situasi tu. Pergi report kepada yang berkaitan. Haa begitu. Bukannya bila kita down, tapi takde usaha nak atasi masalah tu. 

Dan tadi baru je terbaca dekat twitter, kekadang bila kita down ni satu je sebabnya, "lama tak baca quran". Allahuu :'))

Dan kunci yang paling penting yang kita perlu ingat adalah, sabar dan percaya yang Allah sayang kita :') 


 Ehehe satu soalan je boleh kan. Saya sudah ngantukk haa esok kelas awal dari biasa. Pukul lapan XD . Tapi alhamdulillah lecturer kasi diskaun so jadi la kelas 8.30 hahaha. Okk jangan merapu lebih-2. Tidur duluu bai. ( Ada sambungan lagi huhu)

Road to exam 1.0

Speaker: Sister Tasneem binti Ahmad Suhemi
Venue: MAC 1 
Date: 17 December

Bismillah. 
Oleh sebab banyak input yang speaker ni kongsi semalam, tambah-2 yang boleh pergi sisters je, aku rasa aku perlu sampaikan untuk semua :')

Ok sebelum tu, Sr. Tasneem ni menang award >> Best Student (Overall) Kulliyyah of Science >> masa 33rd convocation IIUM. Dan yang lebih inspiring, beliau kulliyyah CTS (Mathematics), same like me :')
Tapi of course lah lifestyle beliau jaaauuuuhhhh berbeza dengan aku.

Ok cukup muqadimah. Kita start k.

Soalan: Rahsia akak cemerlang? 

First of all, definisi 'cemerlang' oleh beliau: Kita rasa puas hati dengan apa-2 yang kita buat, tak menyesal. 'Cemerlang' is not gaining 4.0.

  1. Sentiasa buat yang extra terbaik dalam setiap perkara. Kita kena buat lebih dari apa yang sepatutnya kita buat. Sebagai contoh, kita kan student. Tugas kita belajar, tapi untuk buat extra terbaik, kita bukan sahaja belajar, tetapi juga mengajar orang lain ^^ . Buatlah sesuatu seakan-akan Allah tengok kita :')
  2. Jauhkan diri dari bergelumang dengan masa lapang dan benda yang tak berfaedah. Definisi 'masa lapang' beliau: racun. [Masa lapang boleh membunuh.] Beliau bagi contoh jugek. Masa sem 1 degree, beliau dapat 4.0 cgpa tapi masa ni beliau belajaarrr je dan tak join society langsung!

    Bila dah masuk sem 2, beliau macam "haih bosan la hidup mengadap buku je.Stress! " dan mula la berjinak-2 dengan society. Jadi komiti sana sini, busy la kan. Dan cgpa beliau masa sem dua jatuh. Sister ni cakap memang sediiiihhh gilaaaaa. (Tapi tahu tak berapa cgpa 'jatuh' tu? >>3.923 *insert emoji bulan hitam)

    Sem tiga beliau tekad nak kurangkan penglibatan dalam society so that boleh fokus lebih pada pelajaran. Tapi bila keluar result sem tiga, beliau pelik la nape lagi jatuh dari sebelumnya (And again, 'jatuh' tu 3.810, still dean list lol). Fikir punya fikir, muhasabah punya muhasabah, barula beliau boleh simpulkan, nak cemerlang bukannya kita kena mengadap buku je doplohpat dua puluh empat jam, tapi kita juga kena berbakti untuk orang lain. Dan kalau perasan, kalau kita sibukkan diri sentiasa, kita akan rasa sangat masa itu emas. Kita takkan rasa nak sia-2 kan walau sedetik pun.

    So sem 4 dengan azam baru, beliau tekad nak dua-2. Aktif society pun ye, akademik pun ye. Andddddd result beliau untuk sem 4>> popletttttt four flat!! *insert emoji nanges.

    Beliau sambung lagi, matematik Allah takkan pernah sama dengan matematik kita.
    Kalau kita buat graf yang straight line tu, paksi x-Study dan paksi y-Result, kita akan dapat graf cantik. Makin > study, makin > result.
    Allah punya formula tak sama :')
    Niat nak belajar kejar pointer tu salah. Kita kena banyak berkhidmat  untuk orang sekeliling. CGPA bukan semata-mata bergantung pada akademik. Bila masa lapang dikurangkan, banyak lagi benda yang kita boleh buat. Masa lapang- pintu kepada maksiat. T_T
  3. Faham balik tujuan kita datang uni. Cari identiti diri huhu.
    Jadilah manusia yang mukmin :D Mukmin kat sini maksudnya menyeluruh. Camane nak tengok? Rujuk 10 muwasafat tarbiyah [ boleh tanya pacik google k].

    Beliau tambah lagi, kalau dengan cycle 3K boleh ke nak jadi mukmin? A big NO.
    [ 3K >> Kuliah, Katil, Kafe ].
  4. Tetapkan legasi yang kita nak tinggalkan untuk generasi akan datang.
    "Live your life inspiring to others"
    And jadi qudwah hasanah untuk orang lain :'')


    Ha ni baru jawapan untuk satu soalan. Banyak lagi soalan senanye. Tapi nanti pukul 11 ada kelas number theory gaiss. Hehehe so lain kali kita sambung k. Pegi makan dulu :3
    Bai. Terima kasih la sudi baca. Susah-2 je uhuhu ><

 

Nabaa Template by Ipietoon Cute Blog Design