Monday 18 December 2017

Road to exam 1.0

Speaker: Sister Tasneem binti Ahmad Suhemi
Venue: MAC 1 
Date: 17 December

Bismillah. 
Oleh sebab banyak input yang speaker ni kongsi semalam, tambah-2 yang boleh pergi sisters je, aku rasa aku perlu sampaikan untuk semua :')

Ok sebelum tu, Sr. Tasneem ni menang award >> Best Student (Overall) Kulliyyah of Science >> masa 33rd convocation IIUM. Dan yang lebih inspiring, beliau kulliyyah CTS (Mathematics), same like me :')
Tapi of course lah lifestyle beliau jaaauuuuhhhh berbeza dengan aku.

Ok cukup muqadimah. Kita start k.

Soalan: Rahsia akak cemerlang? 

First of all, definisi 'cemerlang' oleh beliau: Kita rasa puas hati dengan apa-2 yang kita buat, tak menyesal. 'Cemerlang' is not gaining 4.0.

  1. Sentiasa buat yang extra terbaik dalam setiap perkara. Kita kena buat lebih dari apa yang sepatutnya kita buat. Sebagai contoh, kita kan student. Tugas kita belajar, tapi untuk buat extra terbaik, kita bukan sahaja belajar, tetapi juga mengajar orang lain ^^ . Buatlah sesuatu seakan-akan Allah tengok kita :')
  2. Jauhkan diri dari bergelumang dengan masa lapang dan benda yang tak berfaedah. Definisi 'masa lapang' beliau: racun. [Masa lapang boleh membunuh.] Beliau bagi contoh jugek. Masa sem 1 degree, beliau dapat 4.0 cgpa tapi masa ni beliau belajaarrr je dan tak join society langsung!

    Bila dah masuk sem 2, beliau macam "haih bosan la hidup mengadap buku je.Stress! " dan mula la berjinak-2 dengan society. Jadi komiti sana sini, busy la kan. Dan cgpa beliau masa sem dua jatuh. Sister ni cakap memang sediiiihhh gilaaaaa. (Tapi tahu tak berapa cgpa 'jatuh' tu? >>3.923 *insert emoji bulan hitam)

    Sem tiga beliau tekad nak kurangkan penglibatan dalam society so that boleh fokus lebih pada pelajaran. Tapi bila keluar result sem tiga, beliau pelik la nape lagi jatuh dari sebelumnya (And again, 'jatuh' tu 3.810, still dean list lol). Fikir punya fikir, muhasabah punya muhasabah, barula beliau boleh simpulkan, nak cemerlang bukannya kita kena mengadap buku je doplohpat dua puluh empat jam, tapi kita juga kena berbakti untuk orang lain. Dan kalau perasan, kalau kita sibukkan diri sentiasa, kita akan rasa sangat masa itu emas. Kita takkan rasa nak sia-2 kan walau sedetik pun.

    So sem 4 dengan azam baru, beliau tekad nak dua-2. Aktif society pun ye, akademik pun ye. Andddddd result beliau untuk sem 4>> popletttttt four flat!! *insert emoji nanges.

    Beliau sambung lagi, matematik Allah takkan pernah sama dengan matematik kita.
    Kalau kita buat graf yang straight line tu, paksi x-Study dan paksi y-Result, kita akan dapat graf cantik. Makin > study, makin > result.
    Allah punya formula tak sama :')
    Niat nak belajar kejar pointer tu salah. Kita kena banyak berkhidmat  untuk orang sekeliling. CGPA bukan semata-mata bergantung pada akademik. Bila masa lapang dikurangkan, banyak lagi benda yang kita boleh buat. Masa lapang- pintu kepada maksiat. T_T
  3. Faham balik tujuan kita datang uni. Cari identiti diri huhu.
    Jadilah manusia yang mukmin :D Mukmin kat sini maksudnya menyeluruh. Camane nak tengok? Rujuk 10 muwasafat tarbiyah [ boleh tanya pacik google k].

    Beliau tambah lagi, kalau dengan cycle 3K boleh ke nak jadi mukmin? A big NO.
    [ 3K >> Kuliah, Katil, Kafe ].
  4. Tetapkan legasi yang kita nak tinggalkan untuk generasi akan datang.
    "Live your life inspiring to others"
    And jadi qudwah hasanah untuk orang lain :'')


    Ha ni baru jawapan untuk satu soalan. Banyak lagi soalan senanye. Tapi nanti pukul 11 ada kelas number theory gaiss. Hehehe so lain kali kita sambung k. Pegi makan dulu :3
    Bai. Terima kasih la sudi baca. Susah-2 je uhuhu ><

0 comments:

Post a Comment

 

Nabaa Template by Ipietoon Cute Blog Design