Monday 29 January 2018

Hai !

Assalamualaikummmmm ehehe apa kabauu :')

Uhuhu haii sebenarnya post yang tentang Road to Exam tu masih ada sambungan tapi buku yang ada input masa aku pergi talk tu tertinggal dekat UIA :3 Sooo halal-lah eh lambat sikit lewls. Ini sebab along datang awal sangat. Tak sempat nak sapu bilik punn lagi ehh dah sampai dah depan pintu. Sempat kemas kemas barang yang wajib bawak balik je (ofkos lah baju kotor) hehe. Gam keras yang baru beli dekat SMO pun tertinggal sobs. Its ok. I am fine :))) and pretty and beautiful and fun and diva hm 😒

Oh masa exam harituu aku suka bukak lagu Try Everything-Shakira.Wifi boleh connect apee lagi kann. Lirik diaa sooo nicee *thumbs up!. Ni sebelum exam Computer in Science (CiS) lah. Yang tak pakai laptop sangat (tapi guna jugak untuk bukak soft copy notes). Dan dan dannnnn Atok (nama laptop ni sebab ni abah punya dulu) ni buat hal pulek masa nak study CiS (time ni la boleh cakap compulsory nak guna zzzzzzz) buttt buttttttt isokay *once again* cause I'm a queenn 😂😂😂😂😂 lollz

Sorry, dah la lama tak post, bila dah post merapu pulak tu. Terima kasihla datang sini. Kalau tak dapat apa-apa yang beneficial boleh la selo selo slow-slow tekan ctrl-w. :D I'm ok dunwori don't worry.

Haa nak cerita somethinggg ni pleaseeee jangan pergi lagiiiiiiiiii.

K.

SUKRAC. Shortform untuk Sukan IQRaC (Intellectual Quranic Generation Club). Selalunya akan ada masa kitorang sem 1 sekali, sem 3 sekali. Dua kali la ehe. Gambar kat bawah ni masa sem 1, sebab ada seniorss. Plannya taknak masuk apa-apa game pun tapi sebab ahli pun sikit dan game yang dorang sediakan banyakk haih terpaksalah masuk. In fact memang kena masuk pun sebab PM SUKRAC dah wajibkan sorang at least satu game dan maximum 4@5 game centulahh. Aku pun isila nama hihihi dekat game batu seremban. 😛 Ada lagii k. Sukaneka kut banyak yang masuk, baling selipar, bola beracun dan lari dalam kain.Tarik tali pun masuk jugak tapi ofkos lah kitorang kalah tengokla badan sensorang kecik comel cenonet halus ( masing-2 melayang masa lawan dengan kumpulan Erudite sebab dorang semua sado).Ha tu je kutt. Ohhhh lagi satu bola tampar. Olahragawati bebb banyak gila masuk 😂 *Ok saya gurau sajaa. Banyak masuk banyak kalah buat mendee*



Kitorang group Candor :') Colour purple <3
Apa yang aku suka SUKRAC ni, kitorang main untuk eratkan hubungan. Takesah menang ke kalah. Kalau menang rezeki kalau kalah takpe kapten tak marah bhahaha. Semuaa supportive I loikee like ! Dan yang aku rasa rare, untuk undi dapat court ke dapat bola, bukan baling syiling nombor atau ekor, tapi kena tebuk surah yang ref tu nak tebuk. Ref tu baca ayat, mana leader group yang dapat sambung dulu, dia bolehla pilih nak bola ke sebaliknya :') Aku terkejut la jugek kena tebuk tu tapi sebaik aku bukan leader hahaha.

Kalau nampak kitorang semua pakai seluar kat atas ni hehehehehehehehehe senanye dari asrama nak ke padang ni, kitorang diwajibkan pakai jubah. Bi'ah dekat DQ, banat (sisters) pakai seluar is raree.Pergi mana mana wajib jubah. Plain, takboleh corak corak yang melebih lebih ( first week ada senior datang bilik spotcheck jubah k). Baju kurung pun takleh. Masuk dewan dulu salin pakaian then baru boleh main. Kekadang aku terfikir jugak kenapa kena susahkan diri sampai macam tu sekali. The struggle is real guys :"D Tapi ye lah sebab nak jaga bi'ah solehah kat sana kut ( i guess). Mungkin sebab ni kut aku rasa janggal pakai seluar masa asasi sebab dah terbiasa pakai kain.

Tapi satu yang aku pasti, aku rindu bi'ah itu :'(

Olahragawati* beraksi lel



Bai nak tidur.





Tuesday 2 January 2018

Assalamualaikum 2018 !

Alhamdulillah harini masih bernafas. 

Bismillah.

Okay tahun ni dah masuk tahun keempat aku tinggalkan bumi KAKA, bumi yang mana banyak ajar aku apa itu kehidupan :')
Dan umur pun dah lanjut. Nanti masuk bulan lapan dah boleh daftar jadi pengundi hm tuanyaa Allahuu ><

Selepas SPM, aku masuk Darul Quran, semestinya target aku nak hafal 30 juzuk kalamullah. Dan alhamdulillah selepas setahun setengah kat sana, menangis, ketawa, jatuh, bangun dengan sahabat-2 al-quran aku berjaya habiskan dan konvo dengan orang lain. Alhamdulillah.

Aku sedar perjalanan hidup aku dengan al-quran bukan takat itu je, perjalanan aku masih panjang. Sampai mati. Ustazah aku pun ada pesan, nanti jadilah hafizah yang betul-2 hafizah, bukannya habisah (yang takat habis, habis kat situ je). Dan lagi satu, ustazah Fairuz ada cakap sebelum kitorang berpisah (ustazah kena ikut suami beliau ke Kedah), kita ni, once kita dah bergelumang dengan al-quran, kita selamanya kena dekat dengan al-quran. Jangan tinggal. Kalau rasa dah tak ingat, muraja'ah balik mana yang patut. Dan yang 'seronok', bila kita tinggalkan quran, kita akan rasa jauhhh, dan perasaan 'jauhhh' ni lah yang akan dekatkan balik diri kita dengan al-quran. "Macam mana awak rasa susahh nak hafaz quran, awak jagalahh quran tu betul-betul bila dah dapat".

Aku ingat lagi mula-2 aku nak hafal ayat-2 Allah. Susahh sangat. Kalau dalam akademik kita boleh senang-2 perform, dengan quran tak sama. Masa tu lah aku rasaaa dosa aku banyakk sangat sampaikan nak hafal satu ayat pun susah. Aku down sebab aku perhatikan halaqah-mate aku semuanya dah lajuu. Ada yang dah sampai lima page tasmik dekat ustazah sedangkan aku? Terkial-kial nak hafal ayat yang satu tu.

Kekadang bila aku rasa 'down' sangat, aku terfikir nak berhenti je DQ tu. Nak keluar. Tapi aku fikirkan ummi dengan abah kat rumah, yang sanggup hantar aku jauh-2 dari Terengganu ke Kuala Kubu Bharu, Selangor. Tambah-2 masa tu baru je banjir surut. Aku daftar lewat daripada orang lain, 5 Januari 2015 (sepatutnya daftar 29 Disember 2014) sebab rumah aku dikelilingi air dan jadi pulau :') .

Ok habis DQ, aku sambung belajar di UIA. Asasi UIA di Petaling Jaya, jadual kami agak 'packed' sebab asasi setahun je. Satu sem dalam enam subjek kena hadap. Dah la ada subjek yang lima jam kredit adudu XD. Ha masa ni walaupun busy, tapi kitorang (DQ-ians yang belajar dekat situ) still tasmik dengan ustaz Nadzri (ustaz ni duk dekat STAD sebelah poslaju) setiap selasa malam. Tasmik suka hati nak berapa mukasurat, tapi kena consider ustaz dan orang lain jugek, kalau nak tasmik bebanyak abesla kesian orang lain tak tertasmik dan ustaz balik lewat. Oh masa tasmik dengan ustaz Nadzri, mata aku selalunya liar dan aku tertengok satu gambar dalam frame. Gambar isteri agong. Tapi kann dekat muka isteri agong tu ustaz letak gambar isteri beliau atotototo XD Aku tengok gambar tu sambil tasmik lepastu mula lahh tersekat hahaha tak fokus padan muka :p

Dan habis asasi di PJ, sambung degree di UIA Kuantan. Kat sini lah aku melagho :'( Bahagia sangat dengan jadual yang sangat 'free'. Mungkin. 

Allah hadirkan seseorang untuk sedarkan aku :'( Terima kasih Allah T_T
Aku kena kurangkan makan, cakap dan tidur. Aku kena kurangkan buat benda tak patut. Dah masuk tahun baru, aku nak mulakan semua dari awal. Doakan aku. Doakan aku istiqamah. Doakannnnn T_____T

Kepada anda yang baca ini, moga Allah rahmati anda :')) dan moga dipayungi redha Allah senantiasa <3

Ok saya nak study management pulek. Doakan. Carrymark rendah huhuhu 


 

Nabaa Template by Ipietoon Cute Blog Design