Monday 18 December 2017

Road to exam 2.0

Hello saya kembali :3
Kita sambung je terus k.

Soalan: Apa yang kita boleh buat masa tengah down? 

Mula-2, kita listkan dulu antara punca kita down.

- Wifi slow, susah nak buat esaimen assignment!
- Makanan kafe tak sedap
- Ada free rider dalam group assignment. Dia tak buat part dia, end up kita yang kena buat. Stres!
.
.
.
dan banyak lagilah puncanya. Nak list semua nanti tak tidur la gamaknyee :')

Tapi, untuk semua benda ni, solusi dia satu je. Boleh apply untuk semua, tapi ikut kesesuaian lah.
Formula dia senang sajaa. >>D.U.I.T>> [ Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal ]

Kita bagi satu contoh la ye. Ok contohnya, kes wifi slow tu. Apa yang kita boleh buat? Jangan la doaa ajee tapi takde tindakan nak ubah situasi tu. Pergi report kepada yang berkaitan. Haa begitu. Bukannya bila kita down, tapi takde usaha nak atasi masalah tu. 

Dan tadi baru je terbaca dekat twitter, kekadang bila kita down ni satu je sebabnya, "lama tak baca quran". Allahuu :'))

Dan kunci yang paling penting yang kita perlu ingat adalah, sabar dan percaya yang Allah sayang kita :') 


 Ehehe satu soalan je boleh kan. Saya sudah ngantukk haa esok kelas awal dari biasa. Pukul lapan XD . Tapi alhamdulillah lecturer kasi diskaun so jadi la kelas 8.30 hahaha. Okk jangan merapu lebih-2. Tidur duluu bai. ( Ada sambungan lagi huhu)

Road to exam 1.0

Speaker: Sister Tasneem binti Ahmad Suhemi
Venue: MAC 1 
Date: 17 December

Bismillah. 
Oleh sebab banyak input yang speaker ni kongsi semalam, tambah-2 yang boleh pergi sisters je, aku rasa aku perlu sampaikan untuk semua :')

Ok sebelum tu, Sr. Tasneem ni menang award >> Best Student (Overall) Kulliyyah of Science >> masa 33rd convocation IIUM. Dan yang lebih inspiring, beliau kulliyyah CTS (Mathematics), same like me :')
Tapi of course lah lifestyle beliau jaaauuuuhhhh berbeza dengan aku.

Ok cukup muqadimah. Kita start k.

Soalan: Rahsia akak cemerlang? 

First of all, definisi 'cemerlang' oleh beliau: Kita rasa puas hati dengan apa-2 yang kita buat, tak menyesal. 'Cemerlang' is not gaining 4.0.

  1. Sentiasa buat yang extra terbaik dalam setiap perkara. Kita kena buat lebih dari apa yang sepatutnya kita buat. Sebagai contoh, kita kan student. Tugas kita belajar, tapi untuk buat extra terbaik, kita bukan sahaja belajar, tetapi juga mengajar orang lain ^^ . Buatlah sesuatu seakan-akan Allah tengok kita :')
  2. Jauhkan diri dari bergelumang dengan masa lapang dan benda yang tak berfaedah. Definisi 'masa lapang' beliau: racun. [Masa lapang boleh membunuh.] Beliau bagi contoh jugek. Masa sem 1 degree, beliau dapat 4.0 cgpa tapi masa ni beliau belajaarrr je dan tak join society langsung!

    Bila dah masuk sem 2, beliau macam "haih bosan la hidup mengadap buku je.Stress! " dan mula la berjinak-2 dengan society. Jadi komiti sana sini, busy la kan. Dan cgpa beliau masa sem dua jatuh. Sister ni cakap memang sediiiihhh gilaaaaa. (Tapi tahu tak berapa cgpa 'jatuh' tu? >>3.923 *insert emoji bulan hitam)

    Sem tiga beliau tekad nak kurangkan penglibatan dalam society so that boleh fokus lebih pada pelajaran. Tapi bila keluar result sem tiga, beliau pelik la nape lagi jatuh dari sebelumnya (And again, 'jatuh' tu 3.810, still dean list lol). Fikir punya fikir, muhasabah punya muhasabah, barula beliau boleh simpulkan, nak cemerlang bukannya kita kena mengadap buku je doplohpat dua puluh empat jam, tapi kita juga kena berbakti untuk orang lain. Dan kalau perasan, kalau kita sibukkan diri sentiasa, kita akan rasa sangat masa itu emas. Kita takkan rasa nak sia-2 kan walau sedetik pun.

    So sem 4 dengan azam baru, beliau tekad nak dua-2. Aktif society pun ye, akademik pun ye. Andddddd result beliau untuk sem 4>> popletttttt four flat!! *insert emoji nanges.

    Beliau sambung lagi, matematik Allah takkan pernah sama dengan matematik kita.
    Kalau kita buat graf yang straight line tu, paksi x-Study dan paksi y-Result, kita akan dapat graf cantik. Makin > study, makin > result.
    Allah punya formula tak sama :')
    Niat nak belajar kejar pointer tu salah. Kita kena banyak berkhidmat  untuk orang sekeliling. CGPA bukan semata-mata bergantung pada akademik. Bila masa lapang dikurangkan, banyak lagi benda yang kita boleh buat. Masa lapang- pintu kepada maksiat. T_T
  3. Faham balik tujuan kita datang uni. Cari identiti diri huhu.
    Jadilah manusia yang mukmin :D Mukmin kat sini maksudnya menyeluruh. Camane nak tengok? Rujuk 10 muwasafat tarbiyah [ boleh tanya pacik google k].

    Beliau tambah lagi, kalau dengan cycle 3K boleh ke nak jadi mukmin? A big NO.
    [ 3K >> Kuliah, Katil, Kafe ].
  4. Tetapkan legasi yang kita nak tinggalkan untuk generasi akan datang.
    "Live your life inspiring to others"
    And jadi qudwah hasanah untuk orang lain :'')


    Ha ni baru jawapan untuk satu soalan. Banyak lagi soalan senanye. Tapi nanti pukul 11 ada kelas number theory gaiss. Hehehe so lain kali kita sambung k. Pegi makan dulu :3
    Bai. Terima kasih la sudi baca. Susah-2 je uhuhu ><

Thursday 14 December 2017

Helloo peeps !

Assalamualaikum semuaaaa :')

Baru je dapat hidayah nak jenguk balik blog, hapuskan mana-2 yang patut, filter semua yang pelik-2, ejaan-2 pelik pun kena tengok balik. Tak elok untuk tatapan underage. XD

Alhamdulillah sekarang sambung belajar di UIA Kuantan, amik Maths :') Sebelum amik SPM dan sebelum graduate dari sekolah KAKA, memang ada niat nak sambung amik dentistry huhu tapi tak kesampaian. Result SPM cukup-2 makan je haa memang idok le nak amik denstist. Tapi tbh, aku tak suka Biology hehehe. Sebab tu dari kos BioScience tukar PhyScience. Alasan? Tak suka Bio :3

Perancangan Allah itu memang terbaik :D

Ada baaaaaanyak benda yang berlaku tapi tak tahu nak mula dari mana. 

Okla kita cerita degree's life je k. Tapi baru je masuk huhu so tak banyak sangat benda boleh share. First year first sem pulek tu. Yang pasti, aku suka duduk sini sebab dekat dengan rumah ^^. Jarak perjalanan dalam 40 minit je. Macam duduk dekat KAKA tapi dulu rasa jaaauuuuh. Balik pun kekadang sebulan sekali. Masa belajar dekat Kuala Kubu Bharu, balik sebulan dua kali dan kalau hormon homsik  'homesick' dirembeskan secara berlebihan maka alamatnya balik lagi la haa. 

Jadi konklusinya : Semakin jauh jarak rumah dengan tempat belajar, semakin kerap balik.

Ok cukup bebel pasal tu.

Final dah nak dekat. Lagi 14 hari ! Haaa doakan T_T
Tapi final nak dekat pun sempat lagi nak pergi tanam pokok dekat Gunung Benom, Raub hahaha. Hari Sabtu ni (lusa//16.12.17) ada program bawah anjuran Kulliyyah of Science, "Tree Planting at Gunung Benom". Mula-2 bukannya dekat Benom tu, tapi dekat Cameron (tukar sebab faktor cuaca). Sebab tu lajuuu je tulis nama bila dia tanya sape nak pergi. Sambil tanam pokok tu nanti boleh la nak melancong. Tapi bila dah tukar tempat ni, memang tanam pokok je la nanti :")) Allahuu takpe la pokok pun ok saya bahagiaa :>

Dekat sini, (baca: UIA Kuantan) kos yang paling lengang dan tak sibuk sangat: CTS//Computational and Theoritical Science//Mathematics. Kalau nak tengok lengang tu tahap mana, lepas kelas boleh keluar bandar lepak ECM, East Coast Mall (Ofc tutorial assignment presentation semua ada, tapi entohle kenapa macam 'free' sangat masa). Tapi bukan selalu k. Kalau selalu sangat keluar takboleh jugek, nanti ada orang bebel datang sini nak belajar, bukannya berfoya-foya *ceit XD*. Kafe ada tapi biasalah nafsu keluar tu Allahuuu susah nak sekat. Kena puasa ni haih takleh jadi.

Okla dah nak maghrib. Nanti kita jumpa lagi k.

Bai.

 
 
 

Nabaa Template by Ipietoon Cute Blog Design