Monday, 4 January 2016

بسم الله الرحمن الرحيم ...

Assalamualaikum :)


Sejak 'graduate' dari sekolah menengah beberapa tiga tahun yang lepas, qiam entah ke mana, dengan solat sunat yang Allahuu innalillah ,puasa masyaAllah :D. I'm not a gooooooood person but I wanna be one of the person who can face to face with Rasulullah saw one day, 
I wanna meet Him .  :'( 
Bila baca buku Perang Uhud, karya Abdul Latip Talib, banyak yang aku dapat. Macam mana cara Rasulullah bermuamalat dengan sahabat-2, dengan kaum kerabat, hatta dengan musuh Baginda sendiri. Memang betul , akhlak Baginda adalah akhlak Al Quran.

Sahabat-2 Rasulullah sangat-2 sayangkan Baginda sampaikan sanggup menggadai nyawa, syahid asalkan dapat melindungi Rasulullah.

Sungguh besar pengorbananMu ya Rasulullah. 
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين

Aku pun selalu merungut, kenapa aku macam ni, orang lain macam ni, (basically macam tak puas hati dengan apa yang Allah bagi, to be short, tak bersyukur) tapi bila otak dah boleh fikir rasional dan rajin mencari ibrah (hikmah), alhamdulillah nampak la hikmah Allah nak bagi tu.

Sungguh , jika kita ditimpa ujian dan dugaan yg bertimpa timpa ,maka bersyukurlah.. itu maksudnya , Allah cares about us :)) 

Ohh teringat satu insiden masa menuntut di Darul Quran.

Ada la satu weekend ni tak balik rumah sebab ada kem dekat Hulu Selangor. More to kem jadi diri la. Nama program ni SYABAB. Pergi ke sana bukan sebagai peserta, tapi sebagai fasilitator. Sepanjang program tu, aku dan fasi-2 lain selalu ingatkan adik-2 untuk tajdid (perbaharui) niat selalu, sentiasa cari hikmah atas setiap yang berlaku. 
Ok skip ape yang terjadi sepanjang kem. Nak cerita insiden lepas dah balik asrama.
Haaa bila sampai asrama, masuk bilik ..terkejuuuutttttttttttttttt gilaaaaaaa ya Allahhhhhhhhh bilik sapeeeeeeeeee niiiiiiiii ! *insert emoji nanges*

Tahu tak apa yang belakuu Allahuu.
Kucing-2 dikiu bagi hadiahhh. Atas katil, atas lantai, atas tilam semua dia tinggal jejak. Air kecik air besar semua dia kasilah senang cerita :D
Ya Allah masa tu memang Allah je tahu cemana rasa dia bila balik dari kem, penat-2 tu niat nak balik tu rehatlah atas katil tapi dapat hadiah pulek dari kucing. Bukan seekor je, ibu dan anak-2nya empat ekor huhuhu.

Bantal strawberry yang comel tu terpaksa la buang. Nak basuh tapi masa tu tak fikir ape dah, dengan baunya yang ummphh faham-2 la ye. Sambil kemas tu, air mata pun jatuh sekali :')
Allah baru uji sikit. Ye la masa dekat kem kan selalu pesan kat adik-2 cari hikmah atas setiap apa yang berlaku. Bila dah terkena dekat diri sendiri, memang sakittt tapi cuba cari hikmah :')) Terima kasih Allah.

Moga kucing-2 tu panjang umur laa yee .

Senyum.

Alhamdulillah.
Jom jadi manusia bersyukur !
Allah ,kuatkan kami.  ;) ^^

Ni sempat snap masa SUKFAZ (Sukan Huffaz) di Darul Quran





Friday, 18 December 2015

Monsoon Tahfiz Adventure Camp ( MTAC )

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana Allah ketuk hati aku untuk join kem MTAC :D XD
//Aku yang paling tua k. Lain semua underage ;_;
Dan alhamdulillah banyak yang aku dapat.

Antaranya ,

  • Dapat belajar cara memanah yang betul //Tak pernah tersasar ke laut dan juga tak penah kena board HAHAHA
  • Terdedah dengan cara untuk uruskan jenazah
  • Diingatkan untuk sentiasa betulkan niat 
  • Lebih diperjelaskan tentang ilmu fardhu ain, ilmu tajwid dll //Waktu malam dorang bagi masa untuk hafal surah-2 pilihan

Terima kasih kepada semua barisan fasilitator yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ni.

Yang lagi menarik, kami makan bertalam.. dan semua makanan tu dimasak sendiri oleh fasilitator banat. Sedap! Serious tak tipu :')


Terima kasih  Aisyah, Syafiqah, Suhailah, Aima, Najwa, Yusra', Seri, Hana, Humairah, Syira, Nabila, Amirah , Dalila, Jannah, Farah dan yang lain , 😀😊😁

Bersyukur dapat kenal awk semua.

Yang paling depan tu Aima hipsturr :P


Paling tak suka game yang melibatkan belon. Seram!

Angullia ni dekat Terengganu. Datanglahh hehe

Friday, 16 August 2013

Hidup Tak Selalunya Cerah ;]

Kita semua ada pencipta == Allah s.w.t :)

"Hidup di dunia hanya SEKALI,
jadikan ia reda ILAHI"

Hidup di pentas dunia, bukannya boleh buat sesuka hati . Ada yang boleh , ada yang tak boleh .

Apa maksud taqwa ?

-Saidina Umar al-Khattab pernah bertanya maksud taqwa kepada sahabat Ubai bin Kaab. Ubai berkata : “Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?” jawab Umar : “Ya, pernah.” Ubai bertanya lagi : “Apa yang kamu lakukan ketika itu?” Umar berkata : “Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh.” Berkata Ubai : “Itulah taqwa.” Daripada jawapan Ubai bin Kaab, taqwa bermaksud berhati-hati dalam hidup supaya tidak melakukan perkara yang haram serta bersungguh-sungguh melaksanakan setiap amal ibadah yang dituntut. :)


Allah bersifat ar-Rahman , yang dilimpahkan kepada SEMUA makhluknya .
Allah limpahkan kemewahan , kekayaan , dan macam-2 lagi kepada orang Islam mahupun yang bukan Islam.

Allah juga bersifat ar-Rahim , dan hanya untuk orang Islam SAHAJA.
--> nikmat IMAN dan ISLAM , antara dua nikmat yang terbesar yang Allah kurniakan kepada kita.
Alhamdulillah ~ //jangan lupa bersyukur ;)


                      Islam.Is.Not.Just.A.Word
                        Islam.Is.A.Way.Of.Life

// Usai solat, jangan lupa untuk berdoa. Untuk semua :) 

Manis kan bila ada orang selitkan nama kita dalam doa dia :')
Marila kita saling mendoakan ehe :D

Thursday, 27 December 2012

Ahlan wasahlan 2013

Assalamualaikum ~ ;)
Ehe, lame tak hupdate.
Busy gais busy.


Ok, I'm one of the PMR candidates  ex-PMR candidates.
Result -19 hb ni .
Semua  kecut perut, siapa dia punya hormon adrenalin* tak keluar tu memang abnormal. Ihihi

Haa masa 19 hb tu sebenarnye abah ada kursus kat Kijal (bukan Kijang k).
So ummi singgah Kijal jap tempat abah kursus pastu baru pergi sekolah. Ye la nak amik result :P

Alhamdulillah ramai yang straight As.
Tahniah semua ETU-ians.

Terima kasih Allah :')



Tahniah ! :D

Cikgu Rosmani pesan , walau apa-2 pun keputusan yang kita dapat, bersyukur la sentiasa. Sebab Allah bagi apa yang kita perlu. Bukannya apa yang kita mahu.

Sekolah insyaAllah buka lagi 3 hari dari sekarang. Takyah kire hari , kita kira jam. Haa lagi 72 jam.

Harapnya, tahun depan lebih baik daripad tahun-2 sebelumnya. InsyaAllah .
"Expect The Unexpected" .


Pen off .


Friday, 14 September 2012

The best moment ever I had !

Best moment at that time* XD

Pada 5-8 hb september 2012 baru-2 ini, aku ada  kem di Mayangsari Beach, Dungun.
Kem ini melibatkan lima subjek iaitu Matematik, Geografi, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Sains.
Sekolah KAKA hantar 15 orang calon, 4 dan 10 perempuan.

Boboys - Hariz Irfan,Ahmad Solehuddin,Zaid, dan Amjad Idris..
Gegirls - Nur Afifah,Zalikha,Nor Farah,Siti Masyitah,Athirah Fakhira,Amyrah Aina,Emy Shahira,Nurrul Ilyiana,Emiliya Syahirah dan Aisyah Komaruddin.


Akademi PMR siri 9 // Skill amik gambar kelaut

Landskap cantik tapi air tu warna hijau Allahuu

Innocent gilaaaa AHHAHA

Dewan belajar

Siapa amik side gemuk ni Ya Robbi :')


Saya rindu kalian :')

Riadah

Ada pelangi subhanallah :')




Makan pun best


President



Wife president

Begitulah kisahnya. Sekian.

// Gentle remainder: Ni post masa form three so ayat skema bersepah. Ok saya minta diri :D
 




Thursday, 9 August 2012

Alhamdulillah ^^


Alhamdulillah.. debaran untuk menanti result trial PMR 2012 sudah berakhir.
Amyrah Aina kata,"Kalau result kita teruk,itu adalah ujian[Atau mungkin kita tak study betul-2. Padan muka haih]. Kalau kita dapat result yg elok pun ujian jugek. Sebab apa? Kita kena buang rasa riak tu jauh-2. Buang sifat sombong,takabbur.. dll
Kejayaan yang kita dapat tu sekejap je. Allah boleh tarik nikmat  tu bila2 masa je. :')

Jangan prnah rasa yang ilmu kita ni cukup dah. Ilmu Allah itu luas. Kalau kita rasa ilmu kita ni cukup dah, muhasabah balik.
Tanamkan rasa cintakan ilmu. Barulah kita semangat nak belajar. Ilmu yang kita terima pun InsyaAllah berkat. Jangan sekali-kali kita guriskan hati cikgu.

Niat belajar pun kena betul jugak. Jangan niat nak belajar semata-2 nak dapat 9A, tapi niatlah kerana Allah dan untuk gunakan ilmu tu untuk perkara yang bermanfaat.

Jangan bunuh diri gais. [ K takde kaitan ]

Friday, 4 May 2012

kem subjek kritikal at angullia beach house resort

Alhamdulillah.. aku dapat mengikuti kem yang aku rasa amat berkesan buatku..dan juga kawan2..kerana dengan kem ini, aku dapat merapatkan diri dengan kawan-2ku khususnya yang bukan sekelas denganku hehehehehe

Dewan belajar

Groupmates ><

Ni scenery awal pagi. Live depan mata :') Subhanallah
 
Ustaz Firdaus Salim- ajar Bahasa Arab

Ni tempat buat kerja kumpulan. Haa ada insiden suwit HAHAHA *gatal



   

  
Kunci bilik jangan hilangkan k
 

Patutladari kecik lagi gemuk. Dah tau punca



Apa-2 pun, terima kasih kepada cikgu Fatimah (dan cikgu lain) kerana sudi jaga kami seramai 121 orang. Terima kasih !
 

Nabaa Template by Ipietoon Cute Blog Design