Tuesday 2 January 2018

Assalamualaikum 2018 !

Alhamdulillah harini masih bernafas. 

Bismillah.

Okay tahun ni dah masuk tahun keempat aku tinggalkan bumi KAKA, bumi yang mana banyak ajar aku apa itu kehidupan :')
Dan umur pun dah lanjut. Nanti masuk bulan lapan dah boleh daftar jadi pengundi hm tuanyaa Allahuu ><

Selepas SPM, aku masuk Darul Quran, semestinya target aku nak hafal 30 juzuk kalamullah. Dan alhamdulillah selepas setahun setengah kat sana, menangis, ketawa, jatuh, bangun dengan sahabat-2 al-quran aku berjaya habiskan dan konvo dengan orang lain. Alhamdulillah.

Aku sedar perjalanan hidup aku dengan al-quran bukan takat itu je, perjalanan aku masih panjang. Sampai mati. Ustazah aku pun ada pesan, nanti jadilah hafizah yang betul-2 hafizah, bukannya habisah (yang takat habis, habis kat situ je). Dan lagi satu, ustazah Fairuz ada cakap sebelum kitorang berpisah (ustazah kena ikut suami beliau ke Kedah), kita ni, once kita dah bergelumang dengan al-quran, kita selamanya kena dekat dengan al-quran. Jangan tinggal. Kalau rasa dah tak ingat, muraja'ah balik mana yang patut. Dan yang 'seronok', bila kita tinggalkan quran, kita akan rasa jauhhh, dan perasaan 'jauhhh' ni lah yang akan dekatkan balik diri kita dengan al-quran. "Macam mana awak rasa susahh nak hafaz quran, awak jagalahh quran tu betul-betul bila dah dapat".

Aku ingat lagi mula-2 aku nak hafal ayat-2 Allah. Susahh sangat. Kalau dalam akademik kita boleh senang-2 perform, dengan quran tak sama. Masa tu lah aku rasaaa dosa aku banyakk sangat sampaikan nak hafal satu ayat pun susah. Aku down sebab aku perhatikan halaqah-mate aku semuanya dah lajuu. Ada yang dah sampai lima page tasmik dekat ustazah sedangkan aku? Terkial-kial nak hafal ayat yang satu tu.

Kekadang bila aku rasa 'down' sangat, aku terfikir nak berhenti je DQ tu. Nak keluar. Tapi aku fikirkan ummi dengan abah kat rumah, yang sanggup hantar aku jauh-2 dari Terengganu ke Kuala Kubu Bharu, Selangor. Tambah-2 masa tu baru je banjir surut. Aku daftar lewat daripada orang lain, 5 Januari 2015 (sepatutnya daftar 29 Disember 2014) sebab rumah aku dikelilingi air dan jadi pulau :') .

Ok habis DQ, aku sambung belajar di UIA. Asasi UIA di Petaling Jaya, jadual kami agak 'packed' sebab asasi setahun je. Satu sem dalam enam subjek kena hadap. Dah la ada subjek yang lima jam kredit adudu XD. Ha masa ni walaupun busy, tapi kitorang (DQ-ians yang belajar dekat situ) still tasmik dengan ustaz Nadzri (ustaz ni duk dekat STAD sebelah poslaju) setiap selasa malam. Tasmik suka hati nak berapa mukasurat, tapi kena consider ustaz dan orang lain jugek, kalau nak tasmik bebanyak abesla kesian orang lain tak tertasmik dan ustaz balik lewat. Oh masa tasmik dengan ustaz Nadzri, mata aku selalunya liar dan aku tertengok satu gambar dalam frame. Gambar isteri agong. Tapi kann dekat muka isteri agong tu ustaz letak gambar isteri beliau atotototo XD Aku tengok gambar tu sambil tasmik lepastu mula lahh tersekat hahaha tak fokus padan muka :p

Dan habis asasi di PJ, sambung degree di UIA Kuantan. Kat sini lah aku melagho :'( Bahagia sangat dengan jadual yang sangat 'free'. Mungkin. 

Allah hadirkan seseorang untuk sedarkan aku :'( Terima kasih Allah T_T
Aku kena kurangkan makan, cakap dan tidur. Aku kena kurangkan buat benda tak patut. Dah masuk tahun baru, aku nak mulakan semua dari awal. Doakan aku. Doakan aku istiqamah. Doakannnnn T_____T

Kepada anda yang baca ini, moga Allah rahmati anda :')) dan moga dipayungi redha Allah senantiasa <3

Ok saya nak study management pulek. Doakan. Carrymark rendah huhuhu 


0 comments:

Post a Comment

 

Nabaa Template by Ipietoon Cute Blog Design