Tuesday 22 November 2011

Cerpen dari senior, Cc: Kak Salma ^^


{

Setiap hari,aku sering termenung.. atmaku menagihkan jawapan untuk setiap persoalan yang sentiasa menyesakkan minda ini. Semakin lama, semakin membarah.Apa itu cinta? Apa itu dakwah? Pentingkah dakwah? Bagi aku selama ini dakwah hanya sekadar mengajak orang ramai ke masjid@surau untuk mendengar ceramah-2 agama yang semestinya membosankan. Ahh! Jiwaku memberontak keras. Masih segar di layar ingatan ini bagaimana naqibah-2 di sekolah menyergah aku. 'Hoi tak takut dosa ke?'

Itukah dakwah? Hari-2 yang aku lalui sentiasa kosong. Kesunyian sering membelit relung jiwa ini. Apa yang aku cari sebenarnya?

"Hanya dgn mengingati Allah hati akan menjadi tenang". Kata-2 itu sering menerobos ke cuping telingaku dan melekat di mindaku. Aku masih tertanya-tanya. Bagaimanakah caranya? Tapi pertanyaan itu seringkali hanya tersekat di kerongkongku. Tidak mampu aku hamburkan keluar. Kenapa ? Usah ditanya kerna aku sendiri x tahu.

"Assalamualaikum, semua. Saya Ustaz Hadi yang akan mengajar kamu selama Ustazah Samsiah bercuti. InsyaAllah, saya akan cuba yg terbaik. Harap kamu semua suka". Mataku masih melekat pada lelaki itu. Bukan kerna ketampanannya yang memang tak dapat dinafikan tetapi kerna kewibawaannya yg terserlah begitu memikat kalbu.

"Ustaz,bleh saya tanya sesuatu?" Aku memberanikan diri mnemuinya di bilik guru.

"InsyaAllah. Tanyalah. "Dia hanya tersenyum memandangku sekilas kemudian menunduk.

"Sememangya Islam itu menyuruh umatnya membenci orang yang jahat macam saya? "Dia mulai ketawa perlahan menampakkan lesung pipit di pipinya.

"Islam itu sangat indah. Allah tak pernah membeza-bezakan hamba-Nya. Kamu tidak jahat, tapi mungkin kamu tersilap memilih jalan.Tapi pintu taubat Allah sentiasa terbuka luas utk hamba-Nya. :') "Bermula dari hari itu,aku mula jatuh cinta dengan Islam.Aku bersyukur kerana ditemukan dgn Ustaz Hadi.



}


//Senior masa sekolah menengah :D Beliau pernah terima anugerah NILAM kat sekolah. Pendiam, tapi diam-diam ubi berisi hehe. Masa akhir tahun mintak beliau buatkan cerpen ringkas *saje la untuk kenangan ecehh* lepastu kak Salma buatkan betul >< Terima kasihh daun keladi.


Moga bermanfaat.

0 comments:

Post a Comment

 

Nabaa Template by Ipietoon Cute Blog Design